Friday, April 8, 2011

Perkhemahan kadet bomba bandar tun razak di lubuk manggis











LAPORAN PERKHEMAHAN KADET BOMBA 2011

Pada tarikh 1/4/2011,hari Jumaat,SM Sains Alam Shah telah menghantar sepasukan kadet bomba untuk menghadiri sebuah program iaitu Perkhemahan Kadet Bomba 2011 peringkat zon.Seramai 40 orang pelajar,diiringi oleh 3 orang guru penasihat telah mengikuti sepanjang kem ini berlangsung.Kami mula bertolak dari sekolah pada jam 3 petang dengan menaiki bas untuk ke Lubuk Manggis,Hulu Langat,di mana kem itu berlangsung.

Apabila kami tiba di sana,kami telah diberi sedikit penerangan mengenai kem tersebut.Selain daripada kami,ada 5 sekolah lain yang menyertai kem tersebut,iaitu SM Sains Selangor,SMK Seri Permaisuri,SM Teknik Kuala Lumpur,SMK Seri Mulia,dan SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.Seterusnya,kami diminta untuk mendirikan khemah masing-masing dan bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu ‘ice-breaking’.Semasa aktiviti itu berlangsung,kami 40 orang telah dibahagikan kepada 6 kumpulan,iaitu kuning,hijau,oren,jingga,merah dan biru.Sekolah lain juga dibahagikan kepada kumpulan seperti kami.Semasa dalam kumpulan tersebut,kami telah dapat mengenali pelajar-pelajar daripada sekolah lain.Bagi mengisi masa yang terluang,sebuah pemilihan bagi memilih penghulu telah diadakan.Dengan sokongan yang didapat daripada semua peserta,peserta daripada sekolah kita iaitu Ahmad Zhafir bin Mohammad Khalid telah dipilih sebagai penhulu daripada berates orang calon.Dengan itu berakhirlah aktiviti kita hari itu.

Pada hari kedua perkhemahan,pelbagai aktiviti menarik telah disediakan.Pada pagi itu,kami telah melakukan aktiviti memanaskan badan dan bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya.Antara aktiviti menarik yang telah disediakan adalah seperti flying fox,merentas sungai,belajar cara menyelamat di darat,dan sebagainya.Namun begitu,disebabkan sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan,semua aktiviti yang membolehkan peserta masuk ke dalam sungai telah dibatalkan.Pada malam tersebut,Malam Kebudayaan telah dijalankan.Semasa aktiviti tersebutu dijalankan,wakil dari setiap sekolah telah menyediakan persembahan-persembahan menarik.Bagi sekolah kami,kami telah melakukan persembahan zapin dan telah memenangi persembahan terbaik pada malam tersebut.

Pada hari terakhir perkhemahan tersebut,sebuah majlis penutup telah dijalankan.Pada majlis tersebut,hadiah-hadiah menarik telah diberikan kepada sekolah-sekolah yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam perkhemahan tersebut.Semasa program itu berjalan,sekolah kita telah dinobatkan sebagai sekolah terbaik sepanjang perkhemahan tersebut.Selain itu,salah seorang daripada guru pembimbing kita iaitu En Hafiz bin Mahad telah dinobatkan sebagai guru lelaki terbaik sepanjang perkhemahan.Setelah majlis itu berakhir,setiap sekolah menyanyikan lagu sekolah masing-masing dan mula beredar daripada tapak perkhemahan tersebut.Pengalaman ini memang tidak dapat dilupakan oleh semua orang.

Disediakan oleh,

(MUHAMMAD FAUZAN BIN SHAMSUDDIN)

Setiausaha Kadet Bomba,

SM Sains Alam Shah.


No comments:

Post a Comment