LAPORAN PERTANDINGAN KADET BOMBA
SEMPENA PROGRAM SEHARI BERSAMA BOMBA
BALAI BANDAR TUN RAZAK
Pada tarikh 6 April 2011 (Rabu), Kadet Bomba SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur telah menghantar sebanyak 47 orang pelajar untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Balai Bomba Bandar Tun Razak bersempena dengan Program Sehari Bersama Bomba.
Acara yang dipertandingkan adalah seperti Pertandingan Kawad Kaki , Pertandingan Kawad Basah, Pertandingan Kawad Operasi Menyelamat Kering dan Pertandingan Kawad Operasi Membentang Hos Persendirian. Semua pertandingan yang dipertandingkan disertai oleh pelajar SM Sains Alam Shah dengan penuh dedikasi.
Setiap peserta yang terpilih telah menjalani latihan dengan penat lelah untuk mengharumkan nama kadet bomba ASiS. Walaupun baju dibasahi peluh dan ada yang menarik diri, namun mereka tetap kental mengharungi dugaan yang mendatang bahkan semakin bersemangat waja. Segala arahan dan perintah yang diberikan oleh jurulatih, Pegawai Bomba Zulfadhli dan Ketua Platun Kadet Bomba ASiS, Amir bin Rahim dipatuhi.
Program Sehari Bersama Bomba disertai oleh 6 buah sekolah iaitu, SM Sains Alam Shah, SM Sains Selangor, SM Teknik Kuala Lumpur, SMK Sri Permaisuri, SMK Seri Mulia,dan SMA Majlis Agama Islam Majlis Wilayah Persekutuan. Skuad Kadet Bomba ASiS seramai 47 orang tiba di Balai Bomba Bandar Tun Razak pada jam 8.30 pagi dengan semangat untuk memburu kejuaraan dalam setiap acara pada hari tersebut.
Walaupun terpaksa berkawad di waktu yang terik, namun setiap anggota skuad Kadet Bomba ASiS tidak luntur semangatnya bahkan terus hangat membara. Pertandingan pertama yang dipertandingkan adalah pertandingan kawad kaki. Seterusnya, pertandingan Kawad Operasi Membentang Hos Persendirian, Pertandingan Kawad Operasi Menyelamat Kering dan akhir sekali Pertandingan Kawad Basah. Semua peserta ASiS menunjukkan kesungguhan untuk memburu kejuaraan.
Majlis penutupan Program Sehari Bersama Bomba berlangsung pada jam 6 petang. Keputusan yang diumumkan amat mengejutkan apabila diumumkan bahawa pasukan kawad kaki ASiS Berjaya mendapat tempat ke-3. Lebih mengejutkan lagi, skuad kadet bomba ASiS Berjaya merangkul gelaran johan dalam pertandingan Kawad Operasi Menyelamat Kering dan pertandingan Kawad Basah. ASiS dikejutkan lagi apabila Mohd Shakirin bin Mustafar, peserta dari ASiS untuk pertandingan Kawad Operasi Membentang Hos Persendirian berjaya mendapat merangkul gelaran naib johan. ASiS berjaya mendapat tempat kedua bagi gelaran Sekolah Terbaik Keseluruhan. Ini membuktikan bahawa ASiS bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah gemilang di dalam kokorikulum.
Disediakan Oleh,
(Muhammad Fauzan bin Shamsuddin)
Setiausaha,
Kadet Bomba dan Penyelamat
SM Sains Alam Shah,
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment